PEMILIHAN MPP USIM 2024

JPMPP merupakan singkatan bagi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam membantu menguruskan universiti, JPMPP adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk melaksanakan keseluruhan gerak kerja berkaitan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP).

Sejarah JPMPP

JPMPP USIM 2023/2024  ditubuhkan buat julung kalinya pada tahun 2023. Pelantikan JPMPP USIM 2023/2024 berkuatkuasa pada 1 September 2023 dan Majlis Watikah Pelantikan JPMPP USIM 2023/2024 telah pun diadakan pada 23 Oktober 2023 di Dewan Senat, Canselori USIM yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Profesor Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, Naib Canselor USIM.

Objektif

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan kebebasan kepada mahasiswa  dalam membantu menguruskan universiti, Jawatankuasa Pemilihan Majlis  Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Sains Islam Malaysia telah dilantik  oleh Naib Canselor USIM bagi melaksanakan keseluruhan gerak kerja berkaitan  Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP)

Moto

“Kredibiliti Mahasiswa Terunggul”

Tugas JPMPP

Tugas JPMPP adalah menguruskan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Hal ini selaras dengan Hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam menguruskan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi merealisasikan agenda pemerkasaan mahasiswa yang digagaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Berikut adalah senarai tugas JPMPP :

  • Menetapkan apa-apa jumlah wang yang perlu dibayar bagi tujuan pemilihan MPP.
  • Menentukan kaedah dan proses pembuangan undi Universiti.
  • Menentukan Pusat Pengundian.
  • Memajukan nama mana-mana calon yang didapati melanggar mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan dan Tatacara Pemilihan MPP kepada Jawatankuasa Rayuan untuk pertimbangan status pencalonan calon berkaitan.
  • Merujuk perkara-perkara yang dipertikai daripada tafsiran Peraturan-Peraturan dan Tatacara Pemilihan MPP kepada Jawatankuasa Penasihat Pemilihan MPP.
  • Mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya sesuai untuk memastikan pematuhan terhadap peruntukan-peruntukan dalam Peraturan-Peraturan dan Tatacara pemilihan MPP.
  • Mencadangkan kepada Naib Canselor untuk menangguh atau membatalkan pemilihan MPP, atas alasan yang munasabah.
  • Membatalkan mana-mana calon yang didapati melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan.
  • Menjalankan apa-apa fungsi dan kuasa lain yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan.
  • Merancang, mentadbir, menyelaras dan mengawal selia proses perjalanan pemilihan MPP dan semua perkara yang berkaitan dengannya.
  • Mengeluarkan apa-apa arahan atau mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya patut bagi memastikan sesuatu pemilihan berjalan dengan lancar dan teratur.
  • Menugaskan kerja kepada pelajar lain Universiti, menentukan dokumentasi dan peralatan pemilihan yang berkaitan dengan pelaksanaan pemilihan MPP.
  • Menjadi tempat rujukan berhubung apa-apa kekeliruan dalam perjalanan pemilihan MPP.

Organisasi JPMPP

Majlis Tertinggi

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Ammar Aiman bin Osmera – Pengerusi
  • Faris Muzammil bin Faizal – Timbalan Pengerusi
  • Najwa Syahirah binti Airulnizan – Setiausaha
  • Athirah Soleha binti Md Solehhuddin – Timbalan Setiausaha
  • Muhammad Azahari Naim bin Chak – Bendahari

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Menyelia dan menyelaras tindakan dan tugasan ahli jawatankuasa.
  2. Memantau pergerakan sebelum dan sepanjang pemilihan.
  3. Menyampaikan taklimat kepada pihak berkepentingan.
  4. Menyediakan jadual kerja.
  5. Menyelaras Peraturan Pemlihan MPP.
  6. Menyelaras Tatacara Pemilihan MPP.
  7. Menguruskan taklimat kepada calon dan petugas.

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Nur Izzati Mardhiah binti Nurul Amali – Ketua
  • Amirul Hairie bin Mohammad
  • Syawal Syuhada binti Zainal

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Menyelaras perjalanan keseluruhan taklimat calon, majlis pengenalan calon, majlis pengumuman keputusan dan watikah pelantikan MPP.
  2. Menyediakan maklumat calon kepada Pengurusan Universiti.

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Muhammad Muaz bin M.Faisalluddin – Ketua
  • Alieya Elfina binti Husaini

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Menguruskan tempahan lokasi sepanjang PMPP.
  2. Menyediakan keperluan fizikal termasuklah kerusi, meja, pentas, layer, walkie talkie, penghadang undi dan semua keperluan semasa majlis dan di pusat pengundian serta pusat penjumlahan undi.
  3. Menyediakan jadual pergerakan bas pelajar ke Pusat Pengundian.
  4. Menyelaras keperluan pengangkutan pelajar luar kampus ke Pusat Pengundian.
  5. Menyelaras keperluan pengangkutan peralatan teknikal ke semua pusat pengundian.

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Muhammad Aiman bin Aidil Saiful Faizal – Ketua
  • Nazihah binti Rosli

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Menyelaras keperluan peralatan teknikal eUNDI dan pemasangannya untuk tujuan latihan dan pemilihan.
  2. Menyampaikan taklimat kepada petugas ketika latihan.
  3. Menyediakan pelan kontigensi teknikal ketika pemilihan.
  4. Menyelaras apa – apa keperluan/persiapan/latihan teknikal eUNDI jika diperlukan.
  5. Menguruskan pengundian.

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Muhammad bin Latiff – Ketua
  • Abdullah Ammar bin Ali
  • Muhammad Ali Haidari bin Shuib
  • Nurin Nisa binti Ariff

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Mengawal selia keselamatan petugas dan pelajar ketika pemilihan termasuk di Pusat Pengundian.
  2. Menyediakan pelan kontigensi keselamatan ketika pemilihan.
  3. Menyaring keluar masuk pelajar dan orang awam serta petugas media sepanjang kempen dan hari pemilihan.
  4. Memantau pergerakan dan aktiviti sekretariat termasuk aktiviti kempen seperti penggantungan poster.
  5. Mengawal selia keselamatan sepanjang hari penamaan calon, majlis pengenalan calon dan majlis pengumuman keputusan.
  6. Memantau pergerakan dan aktiviti calon, pencadang calon dan penyokong pencadang calon.
  7. Mengenalpasti pelajar yang tidak berkeupayaan turun mengundi.

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Nurdhia Nabila binti Ismail – Ketua
  • Muhammad Hazim bin Mohd Nizam

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Menyediakan jadual keperluan jamuan dan lokasi jamuan ketika Majlis Pengenalan calon, Persiapan dan Pemilihan.
  2. Menyelaras tempahan jamuan petugas dan VIP ketika Majlis Pengenalan Calon, Persiapan dan Pemilihan.

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Amirul Arif bin Mohd Hasyim – Ketua
  • Nizar Syahid bin Azmi
  • Ahmad Ammar Kaisan bin Ahmad

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Mengurus serta mengendali tatacara pengundian dan sistem yang akan diguna pakai semasa hari PMPP.
  2. Mengurus dan memastikan hari PMPP berjalan dengan lancar.
  3. Mengeluarkan peratusan kiraan undi calon yang bertanding.
  4. Memastikan sistem yang digunakan berada dalam keadaan baik dan terkawal.
  5. Membincangkan medium yang sesuai untuk menjalankan pengundian PMPP.

Senarai Ahli Jawatankuasa:

  • Muhammad Zafir Khalis bin Zaman – Ketua
  • Ibrahim Adham bin Yasir
  • Nur Akmal bin Sulaiman
  • Ainn Basyirah binti Shukri

Skop Tugas Jawatankuasa

  1. Mengurus rekabentuk manifesto calon MPP.
  2. Menguruskan publisiti sebelum dan pada hari pengundian.
  3. Menguruskan kain rentang dan bunting dan mempamerkannya selepas Notis Pemilihan dikeluarkan.
  4. Menguruskan kiriman khidmat pesanan ringkas kepada pelajar sebelum hari pengundian.
  5. Menguruskan fotografi sepanjang pemilihan.
  6. Menyelaraskan bahan dan peralatan kempen calon.
  7. Menyediakan rekabentuk kain rentang dan web banner.
  8. Menyebarluas maklumat PMPP kepada semua pelajar.
  9. Membuat rakaman video semasa hari pemilihan berlangsung.
  10. Mengeluarkan statistik turun mengundi pada hari pengundian.